Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Tambah Lokasi Kedai Atau Perniagaan Anda Dalam Google Maps

Cara Tambah Lokasi Kedai Atau Perniagaan Anda Dalam Google Maps

Diterbitkan Ogos 23, 2020 oleh Meor Hasyim

Zaman sekarang makin ramai yang sudah mula berniaga. Untuk anda yang masih belum mempunyai lokasi kedai atau perniagaan dalam Google Maps, boleh ikuti tutorial ringkas dari kami.

Cara Tambah Lokasi Kedai Atau Perniagaan Anda Dalam Google Maps

Terlebih dahulu pastikan anda mempunyai aplikasi Google Maps ya.

Buka aplikasi Google Maps dan tekan tab “Contribute” di bahagian bawah antara “Saved” dan “Updates”.

Cara Tambah Lokasi Kedai Atau Perniagaan Anda Dalam Google Maps

 

Dalam tab Contribute, anda akan dihidangkan dengan beberapa pilihan. Pilih “ADD PLACE” sehingga keluar borang untuk isi maklumat kedai anda.

Cara Tambah Lokasi Kedai Atau Perniagaan Anda Dalam Google Maps
Cara Tambah Lokasi Kedai Atau Perniagaan Anda Dalam Google Maps

 

Masukkan maklumat kedai atau perniagaan anda iaitu:

  • Nama kedai
  • Kategori (Restoran, Kafe, Kedai beli barang, gimnasium, dan lain-lain)
  • Lokasi
  • Jam beroperasi
  • Nombor telefon
  • Laman web
  • Waktu mula buka dan tutup
  • Dan beberapa gambar

3 maklumat utama iaitu nama kedai, kategori, dan lokasi wajib diisi, manakala lain-lain maklumat adalah pilihan sahaja. Namun, lebih baik diisi supaya pelanggan lebih jelas dengan perniagaan anda.

Selepas mengisi borang tersebut klik pada butang anak panah dan siap!

Cara Tambah Lokasi Kedai Atau Perniagaan Anda Dalam Google Maps

 

Ubah Butiran Dan Maklumat Kedai/Buang Kedai Dalam Google Maps

Anda masih lagi boleh mengubah butiran kedai atau perniagaan walaupun selepas disiarkan dalam Google Maps. Caranya adalah pergi semula ke tab “Contribute” dan tekan pada contribution di bawah nama anda.

Seterusnya, pilih bahagian “Edits” pada kategori “Other contributions”.

Cara Tambah Lokasi Kedai Atau Perniagaan Anda Dalam Google Maps
Cara Tambah Lokasi Kedai Atau Perniagaan Anda Dalam Google Maps

Anda akan lihat semula kedai/perniagaan anda yang baru sahaja diletakkan tadi. Tekan dan anda akan dibawa ke halaman utama kedai anda.

Pilih “Suggest an edit” untuk menukar butiran kedai anda. Pilihan lain adalah buang terus kedai dari dalam Google Maps.

screenshot_2020-08-23-17-58-27-588_com9009368424362141575 (1)
Cara Tambah Lokasi Kedai Atau Perniagaan Anda Dalam Google Maps

Selesai membuat penukaran, Google akan menghantar emel kepada anda mengenai perubahan tersebut. Ia akan mengambil masa dalam masa 24 jam untuk Google Maps membuat perubahan baharu.

Cara Tambah Lokasi Kedai Atau Perniagaan Anda Dalam Google Maps

Selamat mencuba!

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY