Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Kekurangan Alat Ganti

Apple Tutup Kedai Jualan Di China Lantaran Wabak Coronavirus

Diterbitkan Februari 2, 2020 oleh Meor Hasyim

Buat sementara waktu ini, Apple telah pun menutup kedai jualan mereka di China disebabkan isu penyebaran Coronavirus.

Berdasarkan laman web Apple rasmi di China, kesemua 42 kedai jualan mereka akan ditutup sehingga 9 Februari. Namun, untuk kedai atas talian, ia masih lagi beroperasi seperti biasa.

Melalui kenyataan Apple menerusi CNN Business, mereka disarankan untuk menutup kedai jualan dan juga pejabat di tanah besar China berdasarkan nasihat dari pakar kesihatan dan juga langkah berjaga-jaga. Mereka juga akan terus memantau situasi tersebut dan berharap dapat membukanya kembali seawal mungkin.

Hampir 12,000 kes coronavirus telah dilaporkan, dengan lebih dari 11,800 daripadanya adalah dari China. Kedai jualan fizikal Apple kebiasaannya menjadi himpunan orang ramai untuk mencuba pelbagai peranti dan gajet sebelum mereka bercadang untuk membelinya. Namun, trafik untuk kedai jualan sedikit berkurangan pada cuti Tahun Baru Cina disebabkan wabak ini.

CEO Apple Tim Cook sebelum ini membuat kenyataan bahawa minggu ini pihak mereka sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga seperti semakan kebersihan dan juga suhu kepada pekerja mereka.

Pakar analisis menjangka impak coronavirus tersebut kepada Apple di China adalah kecil, namun ia juga bergantung juga kepada berapa lama wabak ini akan terus terjadi.

Sumber: CNN, Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY