Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Assistant Jauh Lebih Maju Dari Apple Siri Dalam Ujian Perbandingan Ucapan Ke Teks

Google Assistant Jauh Lebih Maju Dari Apple Siri Dalam Ujian Perbandingan Ucapan Ke Teks

Diterbitkan Mei 31, 2020 oleh Meor Hasyim

Siri buat pertama kalinya telah diperkenalkan melalui iPhone 4s pada tahun 2011. Pada awalnya, Siri tiada pesaing terdekat dan sangat maju pada ketika itu. Namun, setelah pengenalan pesaing seperti Google Assistant dan Amazon Alexa, perlumbaan pembatu maya ini semakin sengit.

Walaupun Apple ada mengemaskini Siri dari semasa ke semasa, ia masih ketinggalan berbanding dengan pesaing mereka. Baru-baru ini, ujian perbandingan telah dilakukan untuk membandingkan Siri dengan Google Assistant.

Ujian ini merupakan ujian ringkas di mana ia membandingkan kelajuan fungsi ucapan ke teks oleh kedua-dua pembantu maya menggunakan peranti Google Pixel dan juga iPhone.

I don't think that people appreciate how different the voice to text experience on a Pixel is from an iPhone. So here is a little head to head example. The Pixel is so responsive it feels like it is reading my mind! pic.twitter.com/zmxTKxL3LB

— James Cham (@jamescham) May 27, 2020

Dengan memerhatikan video itu, jelas Google Pixel dengan Google Assistant lebih pantas dan lancar. iPhone pula sebaliknya tersekat-sekat dan perlahan. Dari segi ketepatan juga Google Assistant lebih tepat dalam menterjemahkan perkataan yang diucap berbanding Siri.

Antara faktor kelajuan mengapa Google Pixel lebih cemerlang dalam ujian tersebut adalah penterjemahan ucapan itu berlaku secara terus dalam peranti. Berlainan dengan Siri, penterjemahan berlaku bergantung kepada pelayan Apple.

Melihat kepada perbandingan ini, Apple masih perlu bekerja keras jika ia mahu mengalahkan Google Assistant dari segi kelajuan pembantu maya.

Sumber: James Chan

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY