Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Android

Google: Pengeluar Android Lambat Keluarkan Kemas Kini Keselamatan

Diterbitkan Julai 31, 2023 · Dikemas kini Julai 31, 2023 oleh Amalina Athman

Google baru-baru ini telah mengeluarkan laporan tahunan mengenai eksploitasi kelemahan keselamatan dengan menggariskan beberapa isu, termasuk jurang tampalan keselamatan peranti Android.

Berkaitan

  • Tiada Lagi Sokongan Google Play Untuk Android KitKat Mulai Ogos
  • Pengguna Android Akan Terima Notifikasi Amaran Jika Ada 'Unknown' AirTag Berdekatan

Menurut Google, sejumlah kes memperlihat Google telah mengeluarkan tampalan keselamatan, tetapi pengeluar peranti Android tidak atau mengambil tempoh terlalu lama untuk memberikan kemas kini kepada pengguna.

Masalah ini berpunca daripada kerumitan ekosistem Android, yang melibatkan beberapa langkah antara Google sebagai vendor dan pengeluar telefon. Antaranya termasuk percanggahan dalam kemas kini keselamatan antara model peranti yang berbeza, tempoh sokongan dan lain-lain isu.

Google memetik contoh kerentanan pada GPU ARM Mali, yang mana telah dilaporkan kepada pasukan Android Security pada Julai 2022. Walaupun ARM telah membaik pulih pada Oktober 2022, namun kerentanan itu tidak diperbaiki oleh Android sehingga April 2023.

Contoh lain melibatkan Samsung Internet yang terdedah sebahagiannya disebabkan pelayar menggunakan Chromium (102) versi yang lebih lama.

Jurang tampalan antara Google dan pengeluar Android ini menyebabkan n-day, iaitu kelemahan yang sudah diketahui umum.

Bagi melindungi pengguna, Google mengatakan pengeluar Android perlu melakukan baik pulih dan mengeluarkan kemas kini dengan cepat kepada pengguna.

Sumber: BleepingComputers

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
  • Liputan ULTRA5G U Mobile Kini Menjangkau Kira-Kira 2.3 Juta Penduduk Di Sabah
©2026 WISER.MY