Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google I/O developers conference

Google Akhirnya Buka Akses Model AI Tercanggih, Tapi Hanya Kepada 200 Penyelidik Di Eropah

Diterbitkan Oktober 14, 2026 oleh ariff bukhari

Google mengumumkan pada hari Rabu bahawa ia akan membuka akses kepada model kecerdasan buatan (AI) paling canggih milik syarikat itu kepada 200 penyelidik di Eropah.

 

“Dengan menyediakan kuasa pemprosesan yang penting dan peralatan canggih secara terus kepada pasukan penyelidik, usaha ini bertujuan untuk mempercepat kadar inovasi Eropah serta memperkukuh daya saing saintifik benua tersebut,” kata Google dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semasa sidang kemuncak AI di Dublin.

Kumpulan penyelidik yang dipilih oleh Suruhanjaya Eropah di bawah skim Resource for AI Science in Europe (RAISE) itu bakal menerima akses kepada peralatan saintifik terkemuka daripada Google DeepMind dan Google Cloud, termasuk AlphaFold 3, WeatherNext, AlphaGenome, AlphaEvolve, dan AlphaEarth Foundations.

AlphaFold 3 mengkhusus dalam penyelidikan berkaitan protein, manakala WeatherNext pula pakar dalam ramalan kaji cuaca.

Pengumuman ini dibuat ketika desakan untuk kawal selia AI yang lebih ketat semakin meningkat susulan siri insiden keselamatan yang berlaku baru-baru ini. – AFP

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • NVIDIA Dan Cisco Perkenal Format Sambungan Optik Baharu Berkelajuan Sehingga 12.8Tb/s
  • 'Cacing' AI Boleh Merebak Menerusi Peranti Pintar - Anthropic

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
  • Percuma GTA VI Apabila Anda Beli Konsol PS5 Dengan Pelan CelcomDigi One
  • ASUS Lancar Zenbook 14, Vivobook S14 Dan S16 Baharu, Harga Bermula RM4,299
  • BIMB Mobile Ada Isu Keserasian Dengan Android 17 - Pengguna Diminta Tangguh Kemas Kini
  • OpenAI Perkenal GPT-6 Cyber - Diklasifikasikan Pada Tahap 'Kritikal' Dalam Keselamatan Siber
  • Pusat Data Baharu Microsoft Di Johor Bakal Guna Sistem Penyejukan Jimat Air
©2026 WISER.MY