Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
NVIDIA Dan Cisco Perkenal Format Sambungan Optik Baharu Berkelajuan Sehingga 12.8Tb/s

NVIDIA Dan Cisco Perkenal Format Sambungan Optik Baharu Berkelajuan Sehingga 12.8Tb/s

Diterbitkan Oktober 13, 2026 · Dikemas kini Oktober 13, 2026 oleh ariff bukhari

NVIDIA dan Cisco mengumumkan pembangunan format sambungan optik baharu dikenali sebagai Ultra-Dense Small Form Factor Pluggable (USFP) yang direka khusus untuk menyokong pertumbuhan pesat infrastruktur kecerdasan buatan (AI) berskala besar.

Teknologi ini dijangka menjadi asas penting kepada generasi baharu pusat data dan “kilang AI” yang memerlukan kapasiti rangkaian jauh lebih tinggi berbanding hari ini.

USFP mampu menyokong kelajuan sehingga 400Gb perjalur dengan kapasiti keseluruhan mencecah 12.8Tb/s.

Berbanding penyelesaian optik sedia ada, teknologi ini menawarkan kepadatan jalur lebar sehingga empat kali ganda lebih tinggi serta kecekapan tenaga yang lebih baik.

Menurut kedua-dua syarikat, peningkatan ini membolehkan lebih banyak GPU dan sistem pengkomputeran dihubungkan secara langsung tanpa perlu menambah lapisan rangkaian tambahan.

Hasilnya, pusat data AI dapat beroperasi dengan latensi lebih rendah, penggunaan tenaga yang lebih cekap dan kos operasi yang lebih terkawal.

USFP turut memperkenalkan reka bentuk penyambung dua dimensi baharu yang dioptimumkan untuk penghantaran data berkelajuan tinggi serta menyokong penskalaan kepada lebih banyak sesalur pada masa hadapan.

Bagi mempercepatkan penerimaan industri dan bagi membolehkannya digunakan secara meluas dalam ekosistem untuk pembina kilang AI global, NVIDIA dan Cisco bekerjasama dengan TE Connectivity dan Amphenol untuk membina sangkar, penyambung dan modul USFP, dengan rakan kongsi lain dijangka akan turut menyertainya.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Meta Bangunkan Teknologi RAM Baharu Dikenali Sebagai 'CRAM' Untuk Linux
  • Opensignal Lancar Peta Interaktif Pertama Di Dunia Papar Sambungan Satelit Ke Telefon Pintar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
  • Percuma GTA VI Apabila Anda Beli Konsol PS5 Dengan Pelan CelcomDigi One
  • ASUS Lancar Zenbook 14, Vivobook S14 Dan S16 Baharu, Harga Bermula RM4,299
  • BIMB Mobile Ada Isu Keserasian Dengan Android 17 - Pengguna Diminta Tangguh Kemas Kini
  • OpenAI Perkenal GPT-6 Cyber - Diklasifikasikan Pada Tahap 'Kritikal' Dalam Keselamatan Siber
  • Pusat Data Baharu Microsoft Di Johor Bakal Guna Sistem Penyejukan Jimat Air
©2026 WISER.MY