400 Minggu Dalam Carta, 'good kid, m.A.A.d city' Merupakan Album Hip Hop Paling Lama Bertahan

kendrick lamar good kid maad city

Album debut 'good kid, m.A.A.d city' oleh Kendrick Lamar mencatat rekod terbaru dengan menjadi album hip hop paling lama bertahan dalam carta di Amerika Syarikat.

Berita ini diperoleh dari akaun Twitter Chart Data yang menyatakan album tersebut sudah berada dalam carta Billboard 200 selama 400 minggu.

[embed]https://twitter.com/chartdata/status/1277666960520761347[/embed]

Album yang dilancarkan pada tahun 2012 oleh Top Dawg Entertainment itu kebanyakannya telah dirakam di Los Angeles. Ia juga merupakan hasil kerjasama dengan produksi dari artis-artis hip hop popular seperti Dr. Dre, Just Blaze, dan Pharrell Williams.

Antara lagu-lagu hit dari 'good kid, m.A.A.d City'  adalah Swimming Pools (Drank), Backseat Freestyle, dan B****, Don't Kill My Vibe.

Album ini berjaya dicalonkan dalam 4 kategori di Grammys tahun 2014, termasuk Album of the Year. Sekaligus telah tiga kali diperakui platinum oleh Recording Industry Association of America (RIAA) pada tahun 2018.

kendrick lamar grammys

Meskipun sudah lama, lagu-lagu Kendrick masih menjadi kegemaran peminat-peminat genre hip hop. Khabar angin yang didorong oleh pengurus penyanyi itu sendiri juga tersebar bahawa akan ada muzik baru dari Kendrick.

Sementara menunggu kembalinya Kendrick Lamar, dengarkan album 'good kid, m.A.A.d city' di Spotify.

[embed]https://open.spotify.com/album/748dZDqSZy6aPXKcI9H80u?si=Hp5BxuzpTDCwpW4TqNviYw[/embed]

Sumber: HIGHSNOBIETY