Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tiktok live

TikTok Shop Dilancarkan, Boleh ‘Shopping’ Sambil Layan FYP

Diterbitkan April 28, 2022 oleh Nadiah Ab

Setelah membuka pendaftaran untuk penjual berniaga di platform e-dagang dalam TikTok, akhirnya semalam TikTok Shop dilancarkan secara rasmi.

Menurut TikTok, TikTok Shop akan memberi manfaat terutamanya kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) yang masih belum menubuhkan kedai fizikal disebabkan kos pelaburan permulaan yang tinggi.

Melalui usaha ini, penjual akan dapat menjalankan perniagaan secara menyeluruh dalam aplikasi itu.

Bezanya ialah penjual juga perlu menjadi pencipta kandungan pada kadar tertentu.

Bagi pengguna biasa, daya tarikan e-dagang baru ini membolehkan anda membeli-belah sambil menonton video dalam aplikasi yang sama.

Anda juga boleh menggunakan fungsi carian yang sama untuk kedua-duanya.

Platform ini juga sedang menjalankan “Raya Sales” yang akan berlangsung sehingga 30 April.

Promosi ini melibatkan baucar penghantaran percuma dan diskaun sehingga 99%, termasuk kupon diskaun.

Sumber: Amanz

Baca juga:

  • TikTok Shop Memudahkan Lagi Pengguna Untuk Membeli ‘Racun TikTok’
  • Penuh Dengan Komen Toksik Jadi TikTok Uji Jalan Penyelesaian Ini
  • TikTok Dedah Akaun Anda Setiap Kali Kongsi Video? Ini Cara Sembunyikannya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY