Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
twitter

Twitter Dilapor Sedang Uji Ciri Baharu Untuk Bantu ‘Shopping’

Posted on Jun 9, 2022Jun 9, 2022

Dilaporkan Twitter akan mengeluarkan ciri baharu yang membolehkan pengguna menerima peringatan apabila peruncit mengeluarkan barangan edisi terhad untuk dijual.

Menurut Reuters, Twitter akan menguji ciri tersebut dengan beberapa jenama termasuk Dior, Home Depot, dan Fossil.

Beberapa tahun kebelakangan ini, dapat dilihat trend untuk mengeluarkan koleksi pakaian dan aksesori dalam kuantiti terhad boleh habis dijual dalam beberapa minit sahaja sehingga menimbulkan ‘hype’ di kalangan pembeli.

Oleh sebab itu dengan ciri baharu ini, Twitter berhasrat untuk berfungsi dalam memberi peringatan tentang produk edisi terhad yang akan dilancarkan.

Pengguna nanti boleh klik “Remind me” pada ciapan dari peruncit tentang pelancaran produk yang akan datang.

Peringatan akan diberi 15 minit sebelum produk dijual dan peringatan kedua apabila ia mula dijual.

Untuk peringkat awal, ciri ini hanya tersedia untuk pengguna di Amerika Syarikat yang menggunakan peranti Apple.

Sumber: Reuters

Baca juga:

  • Pemegang Saham Twitter Failkan Saman Terhadap Elon Musk Sebab ‘Tweet’ Ini
  • Twitter Didenda RM660 Juta, Salah Guna Data Pengguna Untuk Iklan
  • Twitter Akan Kenakan Tindakan Ke Atas ‘Tweet’ Maklumat Palsu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress