Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SUKE TV Mula Disiarkan Di MYTV, Boleh ‘Shopping’ Dengan Selebriti

SUKE TV Mula Disiarkan Di MYTV, Boleh ‘Shopping’ Dengan Selebriti

Diterbitkan April 1, 2022 oleh Nadiah Ab

SUKE TV, rangkaian siaran tempatan terbaharu telah mula disiarkan secara langsung buat rakyat Malaysia mulai minggu ini.

Rangkaian ini telah diasaskan oleh Dato’ AC Mizal, ikon hiburan terkenal, pada tahun 2021. Ia akan menyiarkan program membeli-belah tempatan, yang menampilkan selebriti tempatan, pempengaruh, dan usahawan tempatan.

suke tv
Sumber: SUKE TV

Penonton berpeluang untuk membeli-belah secara langsung sambil menonton TV, 24 jam sehari di myFreeview, rangkaian penyiaran digital tanpa langganan untuk TV yang pertama di Malaysia.

Antara program utama yang disiarkan termasuk:

  • SUKECeleb – menampilkan selebriti menjual produk mereka kepada penonton.
  • SUKEHati – program jualan barangan rumah dan produk tempatan dari usahawan tempatan.

Dilaporkan rangkaian ini berhasrat untuk meluaskan pangkalan pelanggan buat perniagaan SME tempatan seluruh negara melalui rangkaian TV percuma, di samping membantu selebriti tempatan yang terkesan disebabkan pandemik untuk menjana pendapatan.

SUKE TV kini boleh ditonton secara percuma di saluran MYTV 116 di myFreeview.

Sumber: Siaran akhbar SUKETV

Baca juga:

  • 5 Sebab Telefon Ini Paling Berbaloi Untuk Dimiliki
  • Guna Tips Ini, Auto ‘Chicken Dinner’ PUBG Mobile
  • GSC Lebarkan Sayap Ke Arena Penstriman, Dinamakan GSCNow

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY