Sebagai sebahagian daripada tuntutan mahkamah, GFsedang berusaha untuk menghalang import pemproses yang didakwa menggunakan paten teknologi berkenaan, termasuklah cip yang digunapakai pada iPhone, iPad, Google Pixel, GPU Nvidia dan banyak lagi.
Tindakan undang-undang yang diambil oleh GF masih lagi berada diperingkat awal namun sekiranya keputusan mahkamah memihak pada mereka, ia bakal memberi impak lebih besar kepada pasaran teknologi pengguna dimana melibatkan sejumlah syarikat seperti ASUS, Broadcom, Cisco, HiSense, MediaTek, Motorola, OnePlus, Qualcomm, dan TCL yang bergantung kepada cip buatan TSMC. Paten tersebut meliputi teknik pembuatan cip dan salah satu yang terpenting adalah penggunaan struktur FinFET untuk pengeluaran nod 28nm, 16nm, 12nm, 10nm dan 7nm.
Diwaktu pengenalan nod 16nm, kedua-dua syarikat semikonduktor ini dilihat pada kedudukan yang sama tetapi bermula pada nod 12nm, TSMC mula bergerak lebih kehadapan. Disamping itu, GF juga dikatakan mengalami sedikit kesukaran dalam proses penghasilan 10nm dan 7nm.
Menurut Gregg Barlett, Naib Presiden Kanan GF ketika mengumumkan tuntutan mahkamah tersebut, tindakan yang diambil ini adalah untuk melindungi pelaburan serta inovasi dari Amerika Syarikat dan Eropah yang menguasakan mereka.
Dengan kehadiran 7nm mereka dan diramal hadir dengan cip 5nm pada 2021, TSMC dijangka bakal memonopoli pasaran masa hadapan.
Sumber: NotebookCheck dan Anandtech
Berkaitan
- ASUS ROG Phone Bakal Dilancarkan Untuk Pasaran Tempatan 22 Oktober Ini
- Apple Siarkan 4 Video Bandingkan "Telefon Anda Dan iPhone"
- Apple Buka Gedung Dalam Talian Rasmi Di Lazada
- Apple Dikatakan Bakal Hadir Dengan Tiga iPhone 2019, Salah Satunya Mempunyai 3 Kamera Belakang
- Apple Patenkan Rekaan Pad Sesentuh Lebih Besar Daripada Biasa
- Apple Tamatkan Pengeluaran Model iPhone 8 Dan iPhone 8 Plus
- Qualcomm Perkenal Snapdragon 636, Menjanjikan 40% Lebih Prestasi
- Apple Akan Cuba Memperbaiki Isu Bateri Yang Bermasalah Dengan Kemaskini iOS
- Laptop Pertama Dikuasakan Dengan Snapdragon 835 Diperkenal Oleh HP Dan Asus
- Apple Mungkin Perkenal iPhone Dengan Pengimbas Cap Jari Pada Paparan