Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
dron 2020

Global Drone Conference & Hackathon 2020 Diadakan Di Kuala Lumpur

Diterbitkan Mac 3, 2020 · Dikemas kini Mac 3, 2020 oleh ariff bukhari

Sehingga kini 15 syarikat telah bergiat aktif dalam industri dron.

Global Drone Conference dan Hackathon 2020 (GDCKL 2020) sudah pun berlangsung di Kuala lumpur. Persidangan anjuran SME Corporation Malaysia (SME Corp) yang bertemakan “Asia’s Flightpath: Future Growth, Industry Verticals” itu berlangsung dari 2 hingga 3 Mac di MITEC, Kuala lumpur.

GDCKL2020 adalah inisiatif perkongsian awam-swasta yang bertujuan untuk memperkasakan dan menyokong pertumbuhan dan pembangunan penyedia penyelesaian dron tempatan serta menggalakkan ekosistem yang mampan untuk memacu industri dron di Malaysia.

Dalam kenyataan rasmi SME Corp, mereka menyatakan bahawa sehingga kini sebanyak 15 syarikat telah bergiat aktif dalam industri dron.

Walaubagaimanapun, SME Corp menyasarkan sebanyak 10 buah lagi syarikat tempatan untuk menyertai dan bergiat aktif dalam industri dron pada tahun ini,

Tetapi, itu bergantung juga kepada kesediaan pasaran industri untuk menggunakan teknologi yang dicadangkan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Noor Azmi Mat Said syarikat tempatan perlu menceburi industri mobiliti udara yang dilihat berkembang pesat sejak kebelakangan ini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY