Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gionee Diambang Muflis, Syarikat Gagal Bayar Pembekal Dan CEO Kalah Judi

Gionee Diambang Muflis, Syarikat Gagal Bayar Pembekal Dan CEO Kalah Judi

Diterbitkan Disember 3, 2018 · Dikemas kini Disember 3, 2018 oleh Helmi Samsuri

Gionee, syarikat pengeluar telefon pintar yang berpengkalan di China telah dilaporkan sedang mengalami masalah kewangan.

Menurut berita dari ETTelecom yang memetik laporan dari Securities Times, Gionee dikatakan gagal membayar pembekal mereka. Sebanyak 20 syarikat pembekal telah memfailkan penyusunan semula kebankrapan dengan Mahkamah Perantaraan Rakyat Shenzhen.

Masalah itu ditambah lagi dengan perkhabaran CEO yang juga pengasas syarikat, Liu Lirong, telah kerugian $144 juta akibat berjudi.

Laporan turut menyebut, Liu Lirong tidak menyalahgunakan wang tunai syarikat tetapi memberi bayangan beliau mungkin perlu meminjam dana dari syarikat itu.

Gionee telah diasaskan pada 2002 merupakan jenama yang meningkat naik lebih-lebih lagi dipasaran India dengan pegangan pasaran sebanyak 4.6% pada 2017. Namun begitu, pegangan itu dilihat semakin menurun tahun ini.

Sumber: ETTelecom

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
©2026 WISER.MY