Giliran Tune Talk Pula Hadir Dengan Pelan Data Tanpa Had - RM48 Sebulan Berkelajuan 6Mbps

Hampir kesemua syarikat rangkaian telekomunikasi telah hadir memperkenalkan pelan data tanpa had masing-masing.

Hari ini giliran Tune Talk pula menawarkan pelan data tanpa had Tune Unlimited yang boleh dilanggan pada harga RM48 sebulan.



Pelan Tune Unlimited ini menawarkan kelajuan 6Mbps, panggilan tanpa had untuk kesemua rangkaian, dan juga 5GB hotspot.

Melihat kepada terma dan syarat pelan, Tune Talk meletakkan polisi FUP sebanyak 100GB dalam masa sebulan. Jumlah ini kemudiannya akan disegar semula untuk kitaran bulan yang seterusnya.

Jika mencecah sebanyak 100GB, kelajuan dari 6Mbps akan dikurangkan kepada 64kbps dengan kuota 10GB internet asas.



Dengan pelan terbaharu dari Tune Talk ini, ia menjadikan lebih banyak pilihan untuk pengguna memilih syarikat rangkaian telekomunikasi yang menawarkan ciri pelan data tanpa had.

Untuk maklumat lanjut mengenai pelan yang ditawarkan, boleh ke pautan diberikan.

Sumber: Tune Talk