Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ray-Ban | Meta

Generasi Ketiga ‘Ray-Ban | Meta’ Dilapor Akan Hadir Tahun 2025

Diterbitkan Julai 23, 2024 oleh Muhd Idham

Di dalam satu siaran Threads baru-baru ini oleh @mkarolian yang menampilkan satu gambar kaca mata yang agak kabur dengan rekaan yang agak unik telah membuatkannya tag Mark Zuckerburg dan Andrew Bosworth untuk pencerahan lanjut mengenai produk tersebut.

Screenshot 2024-07-23 092119

Siarannya itu pula telah berjaya mengambil perhatian Mark yang memberi komen bahawa perkara berkait akan dibongkarkan kelak dalam tahun ini juga.

Daripada interaksi dua individu ini, kita dapat simpulkan yang Meta akan tampil sekali lagi dengan produk kaca mata pintar untuk tahun 2024.

Perkara ini juga dikuatkan lagi dengan satu laporan daripada Digitimes Asia yang berdasarkan kenyataan daripada Bloomberg di mana Meta sedang berunding untuk memperoleh sebahagian saham daripada EssilorLuxottica, syarikut induk kepada Ray-Ban yang bekerjasama dengan Meta untuk penghasilan kaca mata pintar beberapa tahun lalu.

Generasi ketiga untuk kaca mata pintar Ray-Ban | Meta ini dikatakan akan dipertingkatkan dari sudut pemprosesan, kamera dan juga pengesan yang akan berasaskan teknologi MetaAI.

Untuk generasi pertama, ia diperkenal dengan nama Ray-Ban Stories pada tahun 2021 yang dilengkapi kamera, mikrofon serta pembesar suara untuk perkongsian media di platform media Facebook, Instagram dan lain-lain secara terus.

Manakala, generasi kedua yang ditukar namanya kepada Ray-Ban | Meta dipertingkatkan dengan kamera ultra lebar 12MP dan kemampuan rakaman video pada kualiti 1080p.

Walau bagaimanapun, kehadiran model terbaru untuk kaca mata pintar Ray-Ban | Meta generasi ketiga ini dijangka lancar pada akhir tahun 2025.

Berkaitan

  • SC Beri Amaran Taktik Penipuan Pelaburan 'Deepfake'
  • Pelaksanaan Pasport 10 Tahun Dalam Fasa Akhir
  • Meta Mohon Maaf Berhubung Kesilapan Terjemahan Di Facebook RTM
  • CEO CrowdStrike Dipanggil Beri Keterangan Berhubung Gangguan Teknologi Global
  • Stor Google Play Akan Buang Aplikasi "Mengarut", Bermula 31 Ogos 2024 Ini

Sumber: DigiTimes Asia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY