Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Garmin Malaysia Tawar Program Trade-In Siri Forerunner Dengan Rebat Sehingga RM300

Posted on Jun 10, 2020Jun 11, 2020

Garmin Malaysia hari ni mengumumkan promosi program trade-in khas untuk siri jam Forerunner mereka. Promosi ini adalah bermula dari 5 hingga 30 Jun 2020.

Pembeli boleh menukar mana-mana model dan jenama jam yang dipakai mereka untuk memiliki jam dalam siri Forerunner. Ini merupakan senarai penuh jam Forerunner yang boleh dibeli:

Forerunner 45

  • Harga rasmi: RM999
  • Rebat: RM200

Forerunner 245

  • Harga rasmi: RM1,450
  • Rebat: RM251

Forerunner 245 Music

  • Harga rasmi: RM1,699
  • Rebat: RM300

Forerunner 945

  • Harga rasmi: RM2,999
  • Rebat: RM300

Forerunner 256 Music Japan Edition

  • Harga rasmi: RM1,799
  • Rebat: RM300

Syarat-syarat program trade-in ini adalah:

  1. Mana-mana model atau jenama jam boleh ditukar untuk pembelian.
  2. Hanya jam tangan sahaja, jam dinding, atau jam penggera tidak diterima.
  3. Satu jam Forerunner untuk satu jam yang diboleh dibeli.
  4. Jika pengguna menukar jam pintar, pengguna perlu membawa pengecasnya sekali.
  5. Sah ditukar di kedai Garmin atau mana-mana pengedar sah.

Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, boleh layari laman rasmi Garmin di pautan ini.

Beli jam Garmin di –
Shopee: https://invol.co/clow8m
Lazada: https://invol.co/clow8k

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress