Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Garmin Edge 130 & Edge 1030 Plus

Garmin Malaysia Perkenal Peranti GPS Baharu Edge 130 Plus Dan Edge 1030 Plus – Dijual Bermula RM999

Diterbitkan Julai 10, 2020 ยท Dikemas kini Julai 10, 2020 oleh Meor Hasyim

Garmin Malaysia hari ini telah mengumumkan 2 model GPS terbaharu khusus untuk penunggang basikal iaitu Edge 130 Plus dan Edge 1030 Plus. Ia direka lengkap dengan kemampuan penjejakan, analisis prestasi, dan juga navigasi.

Edge 130 Plus dilengkapi dengan rekaan navigasi butang tanpa skrin sentuh berukuran 1.8 inci. Manakala Edge 1030 Plus pula mempunyai skrin lebih besar 35 inci sentuh yang juga boleh digunakan ketika basah atau ketika menggunakan sarung tangan.

Garmin Malaysia Perkenal Peranti GPS Baharu Edge 130 Plus Dan Edge 1030 Plus – Dijual Bermula RM999
Edge 130 Plus

Edge 130 Plus menawarkan penggunaan 12 jam ketika menggunakan GPS manakala Edge 1030 Plus pula sehingga 24 jam. Antara ciri yang disertakan adalah keselamatan terbina dan fungsi penjejakan termasuklah pengesanan pergerekan serta LiveTrack – fungsi lokasi masa nyata dan akses ke laluan yang telah dirancang sebelum menunggang.

Garmin Malaysia Perkenal Peranti GPS Baharu Edge 130 Plus Dan Edge 1030 Plus – Dijual Bermula RM999
Edge 1030 Plus

Kedua-dua model telah dijual bermula hari ini di seluruh kedai pengedar Garmin yang sah. Untuk harga jualan, ia adalah seperti berikut:

  • Edge 130 Plus – RM999
  • Edge 1030 Plus – RM3,399

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai produk, boleh layari laman rasmi Garmin di pautan ini.

Sumber: Garmin Malaysia

 

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
©2026 WISER.MY