Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Garmin Malaysia Perkenalkan Barisan Tacx Terkini Untuk Senaman Berbasikal Dalam Rumah

Garmin Malaysia Perkenalkan Barisan Tacx Terkini Untuk Senaman Berbasikal Dalam Rumah

Diterbitkan Julai 3, 2020 · Dikemas kini Julai 3, 2020 oleh Meor Hasyim

Garmin Malaysia hari ini mengumumkan barisan produk Tacx terkini untuk alat senaman dalam rumah. Produk yang diumumkan tersebut adalah Neo 2T Smart, Flux 2 Smart, Flux Smart, Antares, dan Galaxia.

Neo 2T Smart, Flux 2 Smart dan Flux Smart masing-masing merupakan alat senaman basikal jenis trainer. Manakala Antares dan Galaxia pula adalah dari jenis roller.

Neo 2T Smart merupakan alat senaman premium dan mampu merekod data dalam lingkungan 1%. Selain itu, terdapat juga sensor untuk mengesan posisi kaki pengguna secara tepat dan tambahan persisian Garmin Edge untuk menganalisis strok dari pedal kaki.

Garmin Malaysia Perkenalkan Barisan Tacx Terkini Untuk Senaman Berbasikal Dalam Rumah
Neo 2T Smart

Flux 2 Smart pula mampu merekod data secara tepat dalam lingkungan 2.5%. Ia juga mempunyai motor unik yang membolehkan larian sehingga 2,000W untuk mensimulasi dakian bukit sebanyak 16%.

Garmin Malaysia Perkenalkan Barisan Tacx Terkini Untuk Senaman Berbasikal Dalam Rumah
Flux 2 Smart

Flux Smart merupakan varian paling rendah dalam senarai trainer yang diumumkan. Ia mampu merekod data dalam lingkungan ketepatan 3%. Untuk kuasa kayuhan, ia boleh mengayuh sehingga 1,500W untuk kayuhan bukit sebanyak 10%.

Garmin Malaysia Perkenalkan Barisan Tacx Terkini Untuk Senaman Berbasikal Dalam Rumah
Flux S Smart

Antares dan Galaxia merupakan alat senaman dari jenis roller. Ia sesuai digunakan untuk tayar basikal berdiameter dari 26 – 29 inci. Galaxia merupakan varian lebih premium yang dilengkapi sistem serapan pecutan. Ia adalah untuk memastikan basikan tidak terkeluar dari roller itu sendiri. Kedua-dua Antares dan Galaxia mampu ditarik dan dikembangkan sehingga 80cm.

Garmin Malaysia Perkenalkan Barisan Tacx Terkini Untuk Senaman Berbasikal Dalam Rumah
Galaxia

Harga Jualan

Neo 2T Smart, Flux 2 Smart, Flux S Smart, Galaxia, dan Antares boleh didapati di kesemua kedai Garmin dan pengedar sah dengan harga berikut:

  • Neo 2T Smart – RM6,699
  • Flux 2 Smart – RM4,199
  • Flux S Smart – RM3,499
  • Galaxia – RM1,299
  • Antares – RM999

Kesemua alat senaman ini sudah mula dijual bermula hari ini. Untuk maklumat lanjut mengenai produk, boleh layari laman Garmin Malaysia.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
©2026 WISER.MY