Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Garena World 2021 Akan Berlangsung Secara Dalam Talian Hujung Minggu Ini

Garena World 2021 Akan Berlangsung Secara Dalam Talian Hujung Minggu Ini

Diterbitkan Mac 31, 2021 oleh Amsyar Latif

Garena hari ini telah mengumumkan dimana mereka akan menganjurkan Garena World 2021 pada 3 dan 4 April di Thailand. Tahun ini, acara terbesar gaming dan e-sukan tersebut akan diadakan secara dalam talian.

Dalam acara ini, mereka turut mempamerkan beberapa teknologi yang menarik untuk penonton seperti kesan khas dan realiti maya (AR).

GW2021 Virtual Production_07

Menariknya lagi, Garena juga mengumpulkan 39 pasukan yang akan berentap merebut hadiah terkumpul sebanyak US$660,000 (~RM2.7 juta).

Antara permainan Garena yang akan dipertandingkan adalah:

  • Arena of Valor, RoV Pro League 2021
  • Free Fire Pro League Season 4
  • FIFAe Champions Cup Spring 2021
  • Call of Duty Mobile, Garena Invitational 2021

Bagi permainan Arena of Valor, pasukan terbaik berpeluang mendapat tempat ke dalam kejohanan dunia, Arena of Valor World Cup (AWC) 2021.

Garena World 2021 Akan Berlangsung Secara Dalam Talian Hujung Minggu Ini

Sementara pasukan terbaik Free Fire pula, menempah tiket ke kejohanan dunia Free Fire World Series 2021 di Singapura.

Jika anda berminat untuk menyaksikan acara tersebut, anda boleh menontonnya secara langsung pada hujung minggu ini melalui laman rasmi Garena World 2021.

Sumber: Siaran Akhbar Garena

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY