Free Fire World Series Diumum, RM8.2 Juta Hadiah Terkumpul Untuk Dimenangi

Garena hari ini mengumumkan kejohanan dunia Free Fire World Series 2021 Singapore (FFWS 2021 SG) yang mana akan bermula pada bulan Mei ini.

Kejohanan secara luar talian (offline) di Singapura ini akan menyaksikan sebanyak 22 pasukan dari 14 negara berentap dalam merebut hadiah terkumpul sebanyak US$2 juta (~RM8.2 juta).



Pusingan play-ins FFWS akan bermula pada 22 Mei sementara pusingan akhir berlangsung pada 29 Mei.

Setiap pasukan juga akan bermain untuk 6 pusingan di setiap 3 peta dan mata akan diberikan berdasarkan kedudukan serta jumlah bunuh dalam perlawanan.



Dalam pada itu, 2 pasukan Malaysia yang sedang bertanding dalam MCP Majors League kini berkemungkinan salah satunya akan mendapat tempat dalam kejohanan dunia FFWS 2021.

Dua pasukan Malaysia yang berada di 3 tempat teratas ini adalah pasukan Baby Argon dan Freedom Rumble.

Kita bakal mengetahui keputusan pasukan manakah yang akan mara ke FFWS 2021 tahun ini pada esok, 20 Mac yang perlawanan ini boleh ditonton melalui YouTube dan Facebook Free Fire.

Oleh itu, mari sama-sama memberi sokongan penuh buat pasukan negara kita.

Sumber: Siaran Akhbar Garena