Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2021-04-05 at 3.23.57 PM

Garena Umum Undawn, Permainan ‘Survival Shooter’ Mirip Life After

Diterbitkan April 5, 2021 oleh Amsyar Latif

Pada hujung minggu baru-baru ini, Garena telah melangsungkan acara Garena World 2021 yang mana salah satu sebuah acara gaming dan e-sukan terbesar di Asia Tenggara.

Pada hari tersebut juga, mereka juga mengumumkan sebuah permainan survival shooter yang dinamakan Undawn.

Screenshot 2021-04-05 at 3.24.34 PM

Permainan ini membawakan konsep pemain lawan pemain serta persekitaran (PvPvE) pada era dimana Zombi berkeliaran di dunia. Bermaksud, pemain akan berusaha untuk hidup disamping melawan Zombi.

Selain itu, Undawn menjanjikan permainan serta grafik yang menarik kerana ia dibangunkan menggunakan Unreal Engine 4.

Buat pengetahuan, permainan Undawn mirip dengan Life After yang dikeluarkan NetEase, iaitu menampilkan elemen dunia terbuka.

Screenshot 2021-04-05 at 3.24.17 PM

Antara penawaran dalam permainan Undawn adalah:

  • Pemain dapat meneroka dunia terbuka yang luas
  • Pemain turut boleh memainkannya secara individu atau berpasukan dengan memilih pelbagai senjata
  • Pemain dapat mengumpulkan barang (item) dan juga sumber untuk membina kubu pertahanan

Undawn boleh dimainkan untuk platform iOS dan Android serta PC. Buat masa sekarang, Garena masih belum mengumumkan tarikh pelancarannya.

Namun, sekiranya anda berminat untuk mencubanya, anda boleh berdaftar sebagai pemain pre-alfa menerusi pautan ini.

Sumber: Siaran Akhbar Garena

 

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
©2026 WISER.MY