Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
1. Garena Delta Force KV – PC Global Open Beta date

Garena Delta Force Bakal Tersedia Di PC, Android Dan iOS

Diterbitkan November 5, 2024 oleh Rushsyafizal

Garena secara rasmi mengumumkan pelancaran Delta Force, sebuah permainan first-person shooter (FPS) taktikal untuk platform mudah alih dan PC di beberapa pasaran terpilih termasuk Asia Tenggara, Taiwan, Amerika Selatan, Brazil, Timur Tengah, dan Afrika Utara.

Delta Force menjanjikan pengalaman FPS mendebarkan dengan pelbagai mod multipemain. Pemain akan memainkan peranan sebagai Operator dengan kemahiran unik dan bekerjasama untuk menguasai medan perang menggunakan peralatan dan kenderaan yang boleh disesuaikan. Permainan ini dibangunkan oleh Team Jade dari TiMi Studio Group, Delta Force menawarkan grafik realistik dan dua mod permainan yang menjanjikan pengalaman pertempuran yang imersif.

1. Warfare

2. Garena Delta Force KV – Warfare mode

Mod ini membolehkan 64 pemain bertempur dalam pertempuran besar 32 vs 32 di darat, udara, dan laut. Setiap pasukan dipecahkan kepada skuad empat orang dan memilih Operator dengan kebolehan unik seperti memberikan perlindungan asap, pemusnahan kenderaan, dan penyembuhan untuk strategi kemenangan.

2. Operations

3. Garena Delta Force KV – Operations mode

Mod ini adalah mod “extraction shooter” di mana pemain dalam pasukan tiga orang perlu meneroka peta, mengumpul bekalan, dan mencapai lokasi yang ditetapkan dalam masa terhad. Pemain boleh menjual atau menggunakan item yang dikumpul, tetapi akan kehilangan bekalan jika gagal. Bagi pemain yang mengumpul item rare seperti “MandelBrick,” mereka berpeluang membuka kunci skin eksklusif, tetapi lokasi mereka akan didedahkan kepada pemain lain dan meningkatkan cabaran.

Pemain yang pra-daftar dan bermain versi PC melalui Garena PC Client Pack akan menerima ganjaran senjata khas. Ciri cross-progression juga membolehkan pemain menyegerakkan kemajuan mereka antara PC dan mudah alih apabila versi mudah alih dilancarkan awal 2025.

Permainan ini akan tersedia di iOS, Android, dan PC, dengan Beta Terbuka untuk PC bermula pada 5 Disember 2024. Pra-pendaftaran kini dibuka di laman web rasmi Delta Force Garena. Untuk maklumat sila layari laman web rasmi Delta Force dan Facebook, Instagram, YouTube, serta TikTok.

Berkaitan

  • Yes 5G Tawar Pelan iPhone 16 Bebas Kontrak, Tanpa Penalti! Malah Boleh Dapat ‘Cashback’ Lebih RM3 Ribu Lagi
  • Siri Red Magic 10 Bakal Dilancar 13 November – Bateri Mungkin Sebesar 7,000mAh
  • Fail Android Kini Boleh Dipaparkan Di 'File Explorer' PC Anda Secara Wayarles
  • Sebuah Lagi Model EV Baharu BYD Bakal Tiba Di Malaysia
  • Lazada Lancar AI Dikuasakan ChatGPT Supaya Anda Berbelanja Dengan Lebih Bijak

Sumber: Siaran media Garena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY