Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

GANK.FTY Rangkul Juara Kejohanan “GameReady.gg PUBG Mobile Open”

Posted on Disember 24, 2018Disember 24, 2018

GameReady.gg PUBG Mobile Open, sebuah kejohanan e-sukan melibatkan aplikasi popular, PUBG Mobile telah dilangsungkan dengan jayanya hujung minggu.

Terbuka kepada semua pemain amatur dari seluruh Malaysia, pertandingan tersebut berjaya menarik lebih dari 280 pemain bagi pusingan kelayakan yang berlangsung dari 18 hingga 20 Disember lalu.

Pertandingan akhir pula diadakan pada acara Comic Fiesta 2018 menampilkan 40 buah pasukan bagi merebut hadiah terkumpul berjumlah RM10,000.

Pasukan GANK.FTY muncul juara pertandingan dengan 46 kills serta 700 mata yang meraih hadiah wang tunai RM4,500.

Tempat kedua dihuni pasukan Kill With Pan diikuti pasukan MPX serta pasukan Xenomorph ditangga ketiga dan keempat. Masing-masing menerima hadiah wang tunai RM 2,500, RM1,500 dan RM1,000.

Lanjutan daripada sambutan yang menggalakkan, platform kejohanan e-sukan dalam talian yang pertama dalam Malaysia, GameReady.gg akan dilancarkan sekitar suku pertama 2019 bagi mengalu-alukan pemainan dan jenama global untuk meluaskan lagi e-sukan tempatan.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress