Gank.FTY Juarai PUBG Mobile National Championship, Bawa Pulang RM20,000

Pentas akhir PUBG Mobile peringkat kebangsaan (PMNC) yang berlangsung selama dua hari sudah sampai ke penghujungnya lewat petang tadi.

Pada kejohanan yang pertama ini, Gank.FTY telah dinobatkan sebagai juara dengan mata keseluruhan berjumlah 4060 dan 83 bunuhan. Mereka berjaya membawa pulang wang tunai RM20,000 daripada hadiah keseluruhan RM60,000 seperti yang ditawarkan.

Sebelum ini, Gank.FTY juga telah merangkul kejuaran pada kejohanan GameReady.gg PUBG Mobile Open yang diadakan pada Disember tahun lalu.

Berada ditempat kedua adalah AROV dengan mata 3740 dan 85 bunuhan melayakkan mereka menerima RM15,000. Panda Crew Senior pula menduduki tangga ketiga dengan mata 3510 tetapi mempunyai jumlah bunuhan paling tinggi dalam kejohanan iaitu 86 bunuhan serta menerima wang tunai RM5000.

Pertandingan akhir berlangsung dengan enam pusingan dimainkan pada peta Miramar. Tiga pusingan awal dimainkan secara TPP manakala tiga lagi secara FPP.

PUBG Mobile National Championship 2018 atau PMNC 2018 merupakan kejohanan anjuran bersama Vivo Malaysia, MET Malaysia, Yoodo dan eSports Malaysia (ESM).



Sumber foto utama: PUBGMobile.MY.OFFICIAL