Malaysia Akan Cuba Gunakan Teknologi Huawei Sebanyak Yang Mungkin - Tun Mahathir

Umum sudah maklum mengenai sekatan perdagangan yang dikenakan keatas Huawei oleh kerajaan Amerika Syarikat minggu lalu. Sejumlah syarikat-syarikat teknologi terkemuka seperti Google, Intel dan lain-lain telah dihalang untuk menjalin kerjasama dengan gergasi dari China tersebut.

Mengutip laporan dari Nikkei Asia Review, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir menyatakan yang mana negara akan menggunakan teknologi Huawei seberapa banyak yang boleh. Perkara ini telah disuarakan beliau pada persidangan tahunan Future of Asia yang berlangsung di Tokyo.

https://www.youtube.com/watch?v=X82XmFUtMpA

Menurut beliau, penyelidikan serta kajian yang dijalankan oleh Huawei melebihi kemampuan Malaysia. Oleh yang demikian, negara akan cuba memanfaatkan teknologi tersebut sebanyak yang mungkin.

Turut menambah, Tun Mahathir tidak bimbang akan dakwaan Huawei melakukan aktiviti intipan dimana beliau berpendapat Malaysia merupakan sebuah negara yang terbuka.

Sumber: Nikkei Asian Review