Gambar Lebih Dekat Huawei Mate 30 Lite/Nova 5i Pro

Sudah terlihat berada dalam senarai TEENA sejak minggu lalu, imej rekaan lebih dekat Huawei Mate 30 Lite pula dikongsikan. Bagi yang belum maklum, Huawei Mate 30 Lite bakal dipasarkan di China dengan membawa nama Nova 5i Pro.



Berdasarkan penyenaraian di TEENA, ia akan dilengkapkan dengan skrin paparan LCD IPS 6.26 inci FHD+ dengan kamera hadapan 32MP terletak pada bucu kiri skrin. Di bahagian belakang pula, kamera disusun secara petak yang terdiri daripada sensor 48MP+8MP+2MP+2MP.

Menguasakan peranti dari dalam adalah cip pemprosesan terbaru Kirin 810 beserta gandingan RAM 6GB/8GB serta pilihan storan antara 128GB dan 256GB. Ia turut dikhabarkan akan dijana dengan bateri berkapasiti 3900mAh. Ura-ura menyatakan ia mungkin dilancarkan sekitar Ogos sementara untuk pasaran global berkemungkinan pada penghujung bulan hadapan atau awal September.

Sumber:  PlayfulDroid