DJI Mavic Pro: Drone Berkamera Yang Boleh Dilipat







Tahun ini melihatkan banyak model drone keluar di pasaran. Pelbagai fungsi dan kelebihan cuba diketengahkan syarikat pengeluar untuk menarik minat orang ramai supaya membeli produk mereka. Terkini, DJI Mavic Pro sebuah drone bersaiz kompak tetapi berprestasi tinggi.



Walaupun bersaiz agak kecil, ia mampu bersaing dan mungkin lebih hebat jika dibandingkan dengan model terdahulu DJI Phantom 4. Mavic Pro dihadirkan dengan sistem penghantaran sulit, OcuSync yang mana pengguna mampu mengawal dari jarak sejauh 7 km dan boleh ditonton secara streaming menggunakan Facebook Live, Periscope, dan Youtube menerusi DJI Go app. Tontonan juga dalam resolusi 1080p. Model keluaran sebelum ini, iaitu Phantom 4 hanya boleh dikawal dari jarak maksimum 5 km sahaja dan menghasilkan video stream 720p.









Seperti drone itu sendiri, pengawal drone itu juga ber saiz kecil tetapi mempunyai skrin monokrom yang akan memaparkan data penerbangan. Tertanya-tanya apa yang dirakam? anda boleh menyambungkan telefon pintar ke pengawal drone. Selain itu, DJI juga menambah fungsi menarik dimana anda boleh menukar mod kawalan dari RC ke WiFi. Dengan mod kawalan WiFi anda mampu mengawal drone dengan menggunakan telefon pintar dan mengawal drone dengan ketinggian maksimum 80 meter dan terbang selaju 4 meter persaat.









Kamera Mavic Pro terdiri daripada lensa yang kecil dengan luas pandangan 78.8 darjah berbanding dengan Phantom 4 yang hanya seluas 94 darjah. Walaupunbegitu, kedua-dua model menggunakan sensor bersaiz 1/2.3 inci. Ia boleh merakam video beresolusi 4K pada kadar 30 fps atau 1080p pada kadar 96 fps. DJI Mavic Pro merakam foto 12mp dalam format JPEW ataupu Adobe raw. Drone ini akan mula dipasarkan pada 15 Oktober ini pada harga ~RM4,133 dan pengawal dron yang di jual berasingan boleh di beli pada harga ~RM 3,100.









Sumber: Cnet




Berkaitan