Galaxy S9 Dan S9+ Akan Tampil Dengan Skrin Paparan 90%

Menjelang keluarnya versi Samsung Galaxy S seterusnya, Galaxy S9 dan S9+ dikhabarkan akan menampilkan paparan dengan nisbah ke badanperanti sebanyak 90%.

Samsung mendapat prestasi pasaran yang baik untuk pertengahan tahun pertama mereka untuk siri Galaxy S dan keputusan yang bercampur untuk siri Galaxy Note mereka. Samsung dikatakan akan menghasilkan Galaxy S9 dan S9+ dengan nisbah paparan ke badan sebanyak 90%. Nisbah paparan ke badan ini merujuk kepada skala nisbah paparan skrin peranti dengan luas kawasan rangka peranti tersebut.



Sebagai contoh, Galaxy S8 mempunyai nisbah paparan ke badan peranti sebanyak 83.6% dan peranti iPhone X pula sebanyak 82.9%. Jika benar khabar angin ini, Galaxy S9 dan S9+ akan menjadi peranti pertama yang mempunyai skrin paparan paling luas berbanding peranti telefon pintar lain di pasaran.

Samsung juga dikatakan akan mempercepatkan pengenalan siri Galaxy S9 mereka kepada umum di CES 2018 yang akan bermula pada 9 Januari seperti yang dilaporkan oleh VentureBeat.

Sumber