Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Foxconn Nyatakan Koronavirus Tidak Jejaskan Pengeluaran iPhone Di China

Foxconn Mengesahkan Insiden Kematian Di ‘Bandar iPhone’

Diterbitkan Mac 5, 2020 · Dikemas kini Mac 5, 2020 oleh ariff bukhari

Polis masih menyiasat kes tersebut.

Pihak Foxconn dilaporkan sedang membantu pihak polis bagi menyiasat satu kes kematian yang berlaku pada hari Isnin dalam minggu ini di pusat pengeluaran telefon pintar iPhone.

Mayat pekerja lelaki yang mati itu dijumpai berhampiran dengan bangunan yang terletak di dalam kawasan yang lebih dikenali dikalangan pekerja di situ sebagai ‘Bandar iPhone’.

Bangunan yang terletak di dalam daerah Zhengzhou, China itu merupakan salah satu hub penting bagi produksi pengeluaran telefon pintar Apple.

Namun begitu sehingga kini, penyiasat masih belum dapat memastikan sama ada kematian pekerja itu disebabkan oleh wabak Covid-19 ataupun bukan.

Pekerja itu pula dipercayai mula bekerja di situ sejak bulan Disember 2019 lalu.

“We are deeply saddened by this loss and have extended our condolences to the family of the employee. We are working with the Foxconn Labor Union and others to provide the family with the support they need at this very difficult time,” Foxconn Technology Group dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Walaubagaimanapun, kenyataan itu hanya dikeluarkan oleh Foxconn selepas Pertubuhan Pemerhati Pekerja China mendedahkan tentang insiden kematian tersebut kepada umum.

Ketika ini, produksi pengilangan iPhone di situ hanya beroperasi separuh dari kapasitinya berikutan penularan wabak Covid-19 di China. Operasi sepenuhnya dijangka hanya akan bermula pada penghujung bulan Mac ini.

Sumber: Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY