Ford Reka "Emoji Jacket", Mudahkan Penunggang Basikal Beri Isyarat

Berbasikal di jalan raya mempunyai risiko yang tinggi. Ditambah lagi dengan ketiadaan lampu isyarat pada basikal, menyukarkan lagi kenderaan lain untuk mengetahui pergerakan anda.

Di Eropah, lebih dari 2000 penunggang basikal terbabit dalam kemalangan maut setiap tahun dan untuk mengurangkan angka tersebut, Ford mereka "Emoji Jacket". Melalui kerjasama Ford dan pakar bahasa, mereka mencari solusi untuk meningkatkan lagi komunikasi antara penunggang basikal dengan pemandu yang lain.

https://www.youtube.com/watch?v=g756nqX-jUU&feature=emb_title

Jaket tersebut direka dengan paparan LED dibahagian belakang yang boleh memaparkan beberapa informasi. Antaranya adalah emoji serta isyarat amaran serta membelok. Selain itu, ia juga berguna ketika berbasikal pada waktu malam, dimana penunggang akan lebih jelas kelihatan dari jauh.

Buat masa sekarang, Ford tidak mendedahkan lagi sama ada ia akan dibawa ke pasaran ataupun tidak.