Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
foodpanda

Foodpanda Dan Penang Halal International Lancar E-Bazaar Ramadan

Diterbitkan April 17, 2020 · Dikemas kini April 17, 2020 oleh Helmi Samsuri

Berkunjung ke bazar ramadan merupakan salah satu perkara yang dinanti-nantikan sebahagian besar daripada kita. Namun begitu, diatas kebimbangan penularan Covid-19, kita mungkin tidak merasainya tahun ini.

Sebagai alternatif, foodpanda dan Penang Halal International telah bekerjasama melancarkan E-Bazaar Ramadan di negeri utara tanah air itu.

Melalui E-Bazaar Ramadan ini, penduduk-penduduk di sekitar Pulau Pinang masih boleh memesah juadah kegemaran mereka sepanjang bulan puasa Ramadan. Ia juga dapat membantu peniaga-peniaga patuh halal beroperasi walaupun bukan dalam keadaan berkelompok seperti sebelumnya.

Kerjasama ini akan dimulakan pada awal Ramadan dimana pelanggan boleh memilih pada bahagian khusus dalam aplikasi foodpanda. Tempahan seterusnya boleh dibuat daripada pelbagai peniaga tempatan dan dihantar oleh syarikat penghantaran makanan ini.

Bagi pemilik perniagaan patuh halal yang ingin bekerjasama dengan melalui E-Bazaar Ramadan ini, boleh lakukan pendaftaran disini – foodpanda E-Bazaar Ramadan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY