Fon Telinga Tanpa Wayar Huawei FreeLace Dijual Pada Harga RM369 Bermula Esok

Ketika acara memperkenalkan siri Huawei P30 beberapa bulan lalu, Huawei turut sama mengumumkan kehadiran fon telinga Huawei FreeLace yang dijanjikan dengan kualiti audio terbaik bersama janaan kuasa bateri lebih lama.



Didatangkan dengan sokongan Huawei HiPair, Huawei FreeLace boleh disambung secara mudah serta dicas melalui telefon pintar Huawei. Jualan fon telinga ini akan bermula pada 12 Julai 2019 yakni esok dan ia ditawarkan pada harga RM369.



Pembeli boleh memilih antara dua warna iaitu Graphite Black serta Amber Sunrise. Kapasiti bateri yang dilengkapkan pada Huawei FreeLace adalah 120mAh dimana satu pengecasan penuh dikatakan mampu memberi nyawa kepada fon telinga sekitar 18 jam. Antara ciri lain yang boleh didapati adalah Bluetooth 5.0 serta ketahanan kalis air IPX5. Jadi bagi anda yang berminat boleh dapatkannya bermula esok.