Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Fon Kepala Alienware Ini Dibangunkan Dengan Kerjasama Lebih 100 Atlet E-Sukan

Fon Kepala Alienware Ini Dibangunkan Dengan Kerjasama Lebih 100 Atlet E-Sukan

Diterbitkan Oktober 21, 2024 oleh Rushsyafizal

Alienware kini memperkenalkan Alienware Pro Headset, fon kepala gaming kelas profesional terbaru yang dibangunkan melalui kolaborasi dengan Team Liquid. Selepas kejayaan produk tetikus dan papan kekunci Alienware Pro, fon kepala ini dirancang khusus untuk memenuhi keperluan atlet e-sukan dan pemain tegar.

Selama 18 bulan, Alienware bekerjasama dengan lebih 100 atlet e-sukan dan penstrim profesional untuk menghasilkan produk ini. Fokus kepada audio dan keselesaan telah dijadikan keutamaan. Ia dilengkapi dengan teknologi seperti pemacu bersalut graphene 50mm yang menawarkan arah audio yang lebih jelas dan tepat, serta Hybrid ANC yang menekan bunyi luar bagi membantu pemain menumpukan perhatian penuh.

Fon Kepala Alienware Ini Dibangunkan Dengan Kerjasama Lebih 100 Atlet E-Sukan
Fon Kepala Alienware Ini Dibangunkan Dengan Kerjasama Lebih 100 Atlet E-Sukan
Fon Kepala Alienware Ini Dibangunkan Dengan Kerjasama Lebih 100 Atlet E-Sukan
Fon Kepala Alienware Ini Dibangunkan Dengan Kerjasama Lebih 100 Atlet E-Sukan
Fon Kepala Alienware Ini Dibangunkan Dengan Kerjasama Lebih 100 Atlet E-Sukan

Dengan Hybrid ANC, pemain boleh menikmati pengalaman bunyi yang lebih mendalam tanpa gangguan luar seperti bunyi papan kekunci atau kipas. Sistem dwi-mikrofon pula menggunakan AI untuk mengasingkan suara pemain daripada bunyi persekitaran, memastikan komunikasi jelas semasa bermain. Kusyen telinga yang lembut juga memastikan keselesaan untuk sesi permainan panjang.

Fon kepala ini menawarkan sambungan melalui USB-C, Bluetooth 5.3, atau 2.4GHz, memberikan fleksibiliti untuk digunakan dengan PC, konsol, atau peranti mudah alih. Dengan hayat bateri sehingga 70 jam, ia direka untuk prestasi tanpa gangguan.

Berkaitan

  • Ramai Tak Tahu Aplikasi Suntingan Video Di Windows Ini, Ada AI Dan Percuma Je
  • Ujian Terbaru 6G Menunjukkan Keupayaan Memuat Turun Lebih 20 Filem Sesaat
  • OPPO Reno12 F Hadir Dengan Ciri Gambar AI Khas Venom: The Last Dance
  • Kuwait Sekat Call of Duty: Black Ops 6, Activision Batalkan Semua Prapesanan Dengan Tawar Bayaran Balik
  • Marvel’s Spider-Man 2 Akan Hadir Di PC Pada Januari 2025

Sumber: Siaran media Alienware

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY