Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kuwait Sekat Call of Duty: Black Ops 6, Activision Batalkan Semua Prapesanan Dengan Tawar Bayaran Balik

Kuwait Sekat Call of Duty: Black Ops 6, Activision Batalkan Semua Prapesanan Dengan Tawar Bayaran Balik

Diterbitkan Oktober 21, 2024 · Dikemas kini Oktober 21, 2024 oleh ariff bukhari

Pihak berkuasa di Kuwait telah menghalang pelancaran permainan perang yang ditunggu-tunggu, Call of Duty: Black Ops 6  beberapa hari sebelum ia dijadualkan dilancarkan.

Permainan ini sepatutnya dilancarkan secara global pada 25 Oktober, termasuk di Kuwait, tetapi pengawal selia di sana telah melarang pelepasannya.

Seorang jurucakap Activision menyatakan harapan agar pihak berkuasa Kuwait akan mempertimbangkan semula keputusan tersebut.

Semua prapesanan di Kuwait akan dibatalkan dan bayaran balik akan diberikan kepada pembeli awal yang telah membuat bayaran.

Walaupun Activision tidak menjelaskan sebab pengharaman ini, ia mungkin berkaitan dengan latar permainan itu yang berlaku pada era 90-an semasa Perang Teluk, di mana Iraq menyerang Kuwait pada 2 Ogos 1990.

Bahan promosi untuk ‘Black Ops 6’ turut memaparkan pemimpin dunia seperti Bill Clinton, Margaret Thatcher, George H. W. Bush, Colin Powell, dan Saddam Hussein.

Dalam perkembangan lain, Microsoft telah menarik kembali tawaran percubaan Game Pass selama 14 hari dengan harga $1 sebelum pelancaran Black Ops 6.

Ini adalah taktik yang sama digunakan sebelum pelancaran Starfield tahun lalu.

Black Ops 6 juga merupakan siri permainan Call of Duty pertama yang dilancarkan terus ke Game Pass pada hari pertama, selepas Microsoft mengambil alih Activision Blizzard dengan nilai $69 bilion.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Saiz Call of Duty: Black Ops 6 Xbox 309.85 GB, Perlu Sambungan Internet Setiap Masa
  • HMD Fusion Kini Di Malaysia Dengan Harga RM1,199

Sumber: The new arab

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY