Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Marvel’s Spider-Man 2 Akan Hadir Di PC Pada Januari 2025

Marvel’s Spider-Man 2 Akan Hadir Di PC Pada Januari 2025

Diterbitkan Oktober 21, 2024 oleh Rushsyafizal

Selepas lebih setahun menggegarkan PlayStation 5, Marvel’s Spider-Man 2 kini bakal  tersedia untuk platform PC pada 30 Januari 2025 melalui Steam dan Epic Games Store. Pengumuman ini dibuat oleh Sony semasa New York Comic Con 2024, diiringi oleh treler baharu yang memperlihatkan versi PC yang dinanti-nantikan ramai.

Marvel’s Spider-Man 2 di PC akan hadir dalam dua versi dengan pelbagai ciri tambahan yang menarik untuk pemain yang telah sabar menunggu. “Standard Edition”menyertakan permainan penuh bersama semua kemas kini dari PS5, termasuk 14 kostum baharu, “Ultimate Levels,” pelbagai gaya untuk sut symbiote, dan mod action figure dalam mod foto. “Digital Deluxe Edition”pula menambahkan lima kostum eksklusif baharu setiap satu untuk Peter Parker dan Miles Morales, serta akses awal kepada sut Arachknight Peter, sut Shadow-Spirit Miles, alat web grabber, dan item tambahan untuk mod foto.

Permainan ini menampilkan dua nama terbesar dari Spider-Verse, Peter Parker dan Miles Morales, dalam New York yang lebih luas dan penuh aksi, di mana mereka akan bertempur dengan senarai penjahat komik yang sangat panjang. Antaranya termasuk Kraven, Black Cat, dan Scorpion, namun watak yang paling dinantikan ramai adalah Venom yang disuarakan dengan nada gelap dan penuh misteri.

Berkaitan

  • Stok Terhad: Barang Elektronik Murah di Shopee – Jangan Lepaskan Peluang!
  • HONOR Hadapi Tekanan Dan Cabaran Selepas Tinggalkan Huawei - CEO
  • Ujian Terbaru 6G Menunjukkan Keupayaan Memuat Turun Lebih 20 Filem Sesaat
  • OPPO Reno12 F Hadir Dengan Ciri Gambar AI Khas Venom: The Last Dance
  • LEGO Lancar Set LEGO X-Men: The X-Mansion Berharga RM1,499

Sumber: PlayStation

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY