Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iphone kena ketuk oiiii

Firma Dari Israel Akui Mampu Akses Masuk Sistem Operasi Semua iPhone

Diterbitkan Jun 19, 2019 · Dikemas kini Jun 19, 2019 oleh Helmi Samsuri

Mungkin sesetengah daripada anda pernah membaca laporan mengenai sebuah firma berpengkalan di Israel, Cellebrite, mampu mengakses masuk kedalam sistem operasi iPhone.

Cellebrite is proud to introduce #UFED Premium! An exclusive solution for law enforcement to unlock and extract data from all iOS and high-end Android devices. To learn more, click here: https://t.co/WHsaDxzoXz pic.twitter.com/BSixEkyAuL

— Cellebrite (@Cellebrite_UFED) June 14, 2019


Syarikat pakar perisian forensik tersebut tampil mengumumkan mereka kini berupaya untuk mengakses masuk sistem semua iPhone, hatta yang terpasang dengan iOS 12.3 yang dilepaskan sebulan lalu.

Kebolehan tersebut didapati melalui Universal Forensic Extraction Device (UFED Premium) versi terkini yang dinyatakan sebagai “penyelesaian eksklusif bagi penguatkuasaan undang-undang”. Selain , UFED Premium mampu mengekstrak data beberapa peranti popular Android seperti siri Galaxy S, LG, Huawei serta Xiaomi.

Ia memberi bayangan bahawa peranti dari Cellebrite tersebut berpotensi untu memecah masuk sistem kebanyakkan telefon pintar yang berada dalam pasaran ketika ini.

Terdahulu, pihak berkuasa Amerika Syarikat ada meminta Apple untuk memberikan akses backdoor iPhone seorang penjenayah yang terlibat dalam kes tembakan di San Bernadino. Namun begitu, Apple enggan berbuat demikian atas alasan takut pihak tersebut memanipulasi sistem berkenaan untuk kepentingan mereka.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY