Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
FINAL FANTASY XIV Mobile Diumumkan, Tersedia Untuk iOS Dan Android

FINAL FANTASY XIV Mobile Diumumkan, Tersedia Untuk iOS Dan Android

Diterbitkan November 20, 2024 oleh Rushsyafizal

Dalam ulang tahun ke-11nya, FINAL FANTASY XIV (FFXIV) kini mengumumkan permainannya versi mudah alih yang dikenali sebagai FFXIV MOBILE, permainan ini dibangunkan oleh LIGHTSPEED STUDIOS dengan kelulusan rasmi dari SQUARE ENIX dan pengawasan Naoki Yoshida, produser FFXIV.

FINAL FANTASY XIV Mobile Diumumkan, Tersedia Untuk iOS Dan Android

Di FFXIV MOBILE, anda akan dipanggil oleh Mothercrystal untuk membawa harapan kepada dunia Hydaelyn. Dalam perjalanan ini, anda bakal menghadapi primals dan pelbagai cabaran epik yang mencipta detik-detik tidak terlupakan.

Kawalan pertempuran dioptimumkan untuk peranti mudah alih, membolehkan pemain menikmati aksi yang dinamik dengan grafik menakjubkan, lengkap dengan limit break yang mengagumkan.

FINAL FANTASY XIV Mobile Diumumkan, Tersedia Untuk iOS Dan Android

Pemain boleh memilih daripada pelbagai bangsa dengan latar belakang unik. Pada pelancaran pertama, terdapat sembilan ‘job’ yang boleh dimainkan, dan sistem Armoury membolehkan pertukaran job dengan hanya satu sentuhan.

Ini memberikan kebebasan kepada pemain untuk menyesuaikan peranan mereka sepanjang pengembaraan.

FINAL FANTASY XIV MOBILE mengekalkan ciri seperti versi asalnya di mana Eorzea menawarkan lebih daripada sekadar pertempuran. Pemain boleh berlumba chocobo, bermain kad Triple Triad, atau menghias rumah sendiri.

Dengan 11 kelas crafting dan gathering seperti fisher dan alchemist, FFXIV MOBILE membolehkan pemain menikmati aspek kehidupan yang lebih santai.

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • Stesen Pengecas 500kW Tesla Supercharger V4 Akan Dilancar Pada 2025
  • Boost Lancar BoostMyMoney, Ciri Pelaburan Patuh Syariah
  • Instagram Bakal Perkenal Fungsi 'Reset' Algoritma Untuk Pengalaman Baharu
  • TECNO Perkenal PC Gaming Mini Dengan Ciri Penyejukan Air Terkecil Di Dunia

Sumber: FFXIV MOBILE

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY