Filem Bourne Versi 3D Buat China Pening Kepala





Penonton wayang di China diberitakan mengalami sakit kepala dan loya selepas menonton filem Bourne versi 3D yang dibuat ekslusif untuk pawagam di sana. Format 3D amat popular dalam kalangan penonton wayang di negara itu khususnya bagi filem aksi.



Masalah yang dialami selepas menonton filem itu berkemungkinan besar berpunca daripada proses penukaran rakaman filem 2D kepada 3D yang memerlukan tambahan dimensi. Kesilapan ketika proses penukaran boleh berlaku dan mengakibatkan penonton berasa pening dan loya.