Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OnePlus Bakal Perkenal Penjejak Kesihatan Tidak Lama Lagi

OnePlus Bakal Perkenal Penjejak Kesihatan Tidak Lama Lagi

Diterbitkan Januari 4, 2021 oleh Helmi Samsuri

Pasaran penjejak kesihatan kini telah dibanjiri dengan pelbagai penawaran dari bermacam-macam pengeluar. Tidak lama lagi, nama yang tidak asing lagi iaitu OnePlus, bakal terjun bersaing didalam pasaran berkenaan.

Disebut-sebut dengan nama OnePlus Band, ia merupakan penjejak kesihatan pertama dari syarikat yang berpengkalan di Shenzen itu. Berita mengenai OnePlus band pertama kali timbul minggu lalu dimana perkongsian di internet memperlihatkan rekaan peranti tersebut.

OnePlus Bakal Perkenal Penjejak Kesihatan Tidak Lama Lagi

Rupa bentuknya sama seperti kebanyakan model diluar sana dengan hanya perbezaan ketara adalah dari segi aplikasi yang digunakan pada telefon pintar. Terbaru, pengumuman dari OnePlus India menguatkan lagi kehadiran penjejak kesihatan tersebut dimana ia lebih memfokuskan kepada ciri pemantauan tidur.

Every morning, when we wake up we overlook almost a third of our day we spent sleeping.

But it is sleep that armors us to take on new challenges everyday, to #NeverSettle

Tracking your sleep quality is important. How? We got you covered.

Get notified: https://t.co/tyxlW6cRmE pic.twitter.com/EPmEdvzPmL

— OnePlus India (@OnePlus_IN) January 4, 2021


Sekiranya mahu bersaing dengan model-model sedia ada, OnePlus harus tampil sekurang-kurangnya dengan skrin AMOLED, ciri-ciri pemantauan kesihatan serta bateri yang mampu bertahan dalam tempoh panjang.

Ini mungkin langkah awal OnePlus bagi menembusi pasaran peranti penjejakan kesihatan dengan paras harga lebih murah. Terdahulu, pengeluar ini turut dikhabarkan sedang membangunkan jam tangan pintar.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY