Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Redmi 7 Akan Diperkenalkan Di China Pada 18 Mac Ini

Redmi 7 Akan Diperkenalkan Di China Pada 18 Mac Ini

Diterbitkan Mac 12, 2019 · Dikemas kini Mac 12, 2019 oleh Helmi Samsuri

Sub-jenama Xiaomi yang baru, Redmi bakal memperkenalkan sebuah lagi peranti kelas pertengahan tidak lama lagi.

Melalui perkongsian Weibo oleh CEO Redmi, Lu Weibing, syarikatnya itu akan memperkenalkan Redmi 7 untuk pasaran China.

redmi 7

Telefon pintar itu hadir dengan skrin LCD 6.26 inci HD+, Snapdragon 632, pilihan memori 2GB/16GB, 3GB/32GB, dan 4GB/64GB.

Lensa 12MP dan 5MP digunakan untuk dwi kamera belakang sementara 8MP diletakkan untuk rakaman swafoto.

Mempunyai sensor cap jari dibahagian belakang, Redmi 7 dijana dengan bateri 3900mAh yang dicas melalui port MikroUSB.

Tawaran warna yang diberi adalah hitam, merah, biru, merah jambu, putih, hijau, ungu, dan kelabu. Untuk pasaran tempatan pula, ia dikhabarkan telah melepasi pengesahan SIRIM tetapi tidak dipastikan lagi bilakah penawarannya akan dibuat.

Harga jangkaan pula adalah sekitar 900 yuan (~RM547). Turut sama akan diperkenalkan nanti adalah Redmi Note 7 Pro dengan spesifikasi seperti, kamera 48 MP sony IMX 586, bateri 4000mAh, Snapdragon 675, skrin paparan 6.3 inci dan RAM 6GB/128GB.

Redmi 7 Akan Diperkenalkan Di China Pada 18 Mac Ini

Sumber: Weibo via Droidshout

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY