Pada temasya sukan terbesar untuk rantau Asia ini, buat julung kalinya acara e-sukan telah dipertandingkan, melibatkan 6 jenis permainan video popular dan salah satunya adalah PES 2018.
Pasukan Pro Evolution Soccer negara yang diwakili oleh Mohamad NorHaikal Mohamad Noh dan Muhamad Khairul Abdul Aziz berjaya menduduki tempat 4 teratas dalam acara tersebut.
Pasukan Malaysia beraksi cemerlang pada pusingan kumpulan dengan mendapat dua kemenangan menentang Hong Kong dan Kazakhstan, tetapi tewas di tangan Iran.
Diperingkat separuh akhir Malaysia bertemu Jepun dan pertandingan menggunakan format berpasukan, dimana 3 set perlawanan dimainkan. Namun begitu, Malaysia tewas 2 perlawanan awal dan memberikan 2 mata kemenangan kepada Jepun.
Pada pertemuan merebut pingat gangsa, perlawanan pertama dimenangi Vietnam tetapi itu tidak mematahkan pasukan Malaysia untuk bangkit pada pusingan kedua.
Walaubagaimanapun, Malaysia terpaksa akur selepas tewas Muhammad Khairul tewas ditangan Le Doan Thanh pada pusingan penentuan dengan jaringan 2-1.
Meskipun tewas pada penentuan pingat gangsa, pujian harus diberikan kepada kedua-dua atlet berkenaan kerana berjaya menempatkan pasukan PES 2018 Malaysia antara empat pasukan terbaik di Sukan Asia ini.
Sumber: My Game On
Berkaitan
- Spesifikasi Telefon Pintar Razer Tertiris - RAM 8GB, Dwi Kamera, Dan Bateri 4000mAh
- Xiaomi Black Shark 2 Dilancarkan Pada 18 Mac, Spesifikasi Terlihat Di Antutu
- Samsung Galaxy J2 (2018) Sudah Mula Dipaparkan Pada Laman Web Rasmi Samsung
- PES 2017 Sudah Mula Ditawarkan Pada Platform Telefon Pintar
- iPhone 2018 Didakwa 10% Lebih Laju Serta Digandingkan Dengan RAM 4GB
- Pesanan Di Shopee Sempena Promosi 9.9 Meningkat 3 Kali Ganda Berbanding Tahun Lalu
- Imej Yang Didakwa Sebagai Telefon Pintar Lipat Samsung W2018 Tertiris
- Ini Mungkin Spesifikasi Yang Bakal Hadir Pada Samsung Galaxy S9 Dan S9+
- Apple Sudah Ganti 11 Juta Bateri iPhone Sepanjang Tahun 2018
- Perbandingan Spesifikasi Antara Vivo iQOO, Xiaomi Black Shark Helo Dan Nubia Red Magic Mars