Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Perkhidmatan TV Digital Kembali Ke Udara Selepas Alami Gangguan Sejak 11 Oktober Lalu

Fenomena ‘Sun Outage’ Sepanjang Bulan Mac Ini Akan Menyebabkan Gangguan Pada Siaran MYTV

Diterbitkan Mac 3, 2020 · Dikemas kini Mac 3, 2020 oleh ariff bukhari

Berpunca daripada fenomena semulajadi.

MYTV Broadcasting pada lewat Februari lalu memaklumkan bahawa akan berlakunya gangguan terhadap isyarat MYTV DTH (Direct to Home) sepanjang bulan Mac ini.

Ia berikutan daripada berlakunya fenomena alam yang dikenali sebagai  ‘Sun Outage’.

‘Sun Outage’ merupakan fenomena semulajadi yang berlaku ketika radiasi matahari berada pada kedudukan selari dengan satelit dan bumi.

Tenaga solar akan menjejaskan isyarat satelit yang sampai ke stesen bumi. Anggaran waktu gangguan siaran adalah di antara jam 11.30 pagi sehingga 5.30 petang (waktu Malaysia).

Antara tanda-tanda gangguan isyarat yang mungkin akan berlaku adalah seperti visual yang membeku atau gangguan audio.

Walaubagaimanapun, gangguan siaran itu hanya akan berlaku dalam tempoh beberapa minit sahaja. Di pihak pengguna pula, anda tidak perlu membuat sebarang penalaan semula.

Sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut, bolehlah menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV Broadcasting di talian 1800-18-1088.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY