Farming Simulator 19 Ditawarkan Percuma Minggu Ini Oleh Epic Games

Bagi anda yang bercadang untuk menjadi petani moden didalam komputer, Farming Simulator 19 kini ditawarkan secara percuma oleh Epic Games.

Melalui Farming Simulator 19, anda boleh membangunkan ladang dengan aktiviti pertanian membabitkan jentera berat. Berlatar belakangkan suasana dia Amerika dan Eropah, anda boleh menternak haiwan seperti ayam, lembu atau menunggang kuda.

https://www.youtube.com/watch?v=b4yCXT4m0Ec&feature=emb_title

Versi ini ditambah baik dari segi grafik untuk pengalaman permainan yang lebih mendalam. Diletakkan pada harga $19.99, ia boleh didapatkan secara percuma sehingga 7 Februari depan. Boleh muat turun Farming Simulator 2019 di Epic Games Store.