Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Fail Google Drive Yang Dipindahkan Ke ‘Trash’ Akan Dipadam Automatik Selepas 30 Hari Bermula 13 Oktober Depan

Fail Google Drive Yang Dipindahkan Ke ‘Trash’ Akan Dipadam Automatik Selepas 30 Hari Bermula 13 Oktober Depan

Diterbitkan September 25, 2020 oleh Amalina Athman

Bermula 13 Oktober hadapan, Google Drive membuat polisi baharu dimana fail yang dipindahkan ke ‘trash’ akan dipadam secara automatik selepas 30 hari.

Sebelum ini, fail dalam trash akan kekal sehingga ia dipadam sendiri oleh pengguna. Namun, dengan polisi baharu ini, mana-mana fail yang berada dalam trash hanya akan kekal tersimpan selama 30 hari.

trash Google Drive

Dengan itu, jika ingin mendapatkan semula (restart) fail tersebut, ianya perlu dilakukan dalam tempoh 30 hari. Selepas tempoh tersebut, kesemua fail tersebut akan mula dipadamkan secara automatik.

Perubahan ini akan melibatkan semua peranti dan platform mulai 13 Oktober 2020. Google akan turut memaparkan pemberitahuan dalam aplikasi kepada pengguna.

Dalam pada itu, pengguna juga diminta untuk mengemaskini Google Drive di iOS atau Android bagi versi terkini untuk mendapatkan pemberitahuan mengenai perubahan ini.

Sumber: Google

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
©2026 WISER.MY