Facebook meminta maaf kerana menyah-aktifkan akaun beberapa orang wartawan warganegara Palestin. Syarikat rangkaian media sosial popular dunia itu menjelaskan bahawa akaun tersebut dibuang disebabkan ralat dan mereka mengaktifkan semula akaun-akaun yang terlibat setelah menyiasat masalah yang berlaku.
Kempen anti Facebook telah di wujudkan sejurus selepas gergasi media sosial itu memadam akaun milik wartawan serta aktivis Palestin sejak minggu lepas, lapor TRTWorld. " Pasukan kami memproses berjuta laporan setiap minggu, dan kadang kala perkara tidak diigini terjadi. Kami memohon maaf dengan apa yang telah terjadi" kata jurucakap Facebook kepada Al Arabiya.
Tindakan menyah-aktifkan akaun wartawan serta aktivis Palestin tersebut telah menimbulkan kemarahan blogger dan aktivis yang lain. Mereka telah melancarkan kempen anti Facebook dengan menyuruh pengguna yang lain supaya tidak memuat naik apa-apa status mahupun bahan media.
Sumber: FirstPost
Berkaitan
- Sony Kongsikan Senarai 20 Permainan Untuk PlayStation Classic
- Telefon Pintar realme Kini Digunakan 35 Juta Orang Seluruh Dunia
- Apple Mahu Bangunkan Kereta Elektrik? Lantik Bekas Jurutera Tesla Untuk Bangunkan Projek Titan
- Samsung Galaxy A54 Dan A34 Bakal Diperkenalkan Di Malaysia 24 Mac Ini
- "Masalah Pengguna Perkhidmatan Streamyx Yang Pada Saya Perlu Ditangani Segera"- Gobind Singh Deo
- Permainan Mudah Alih Dengan Watak Chuck Norris Sudah Boleh Dimuat Turun Sekarang
- Sony a9 - Kamera Berharga RM21,799 Kini Dijual Di Malaysia
- Servis Perayauan Data Serendah RM1 Ditawarkan Kepada Pengguna Prabayar Xpax
- Google Maps Akan Papar Info Berkaitan Covid-19 Mengikut Kawasan
- Ini Mungkin Imej Rekaan Terbaru Sony Xperia, Pengimbas Cap Jari Terbina Di Skrin