Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Galaxy A54 Dan A34 Bakal Diperkenalkan Di Malaysia 24 Mac Ini

Samsung Galaxy A54 Dan A34 Bakal Diperkenalkan Di Malaysia 24 Mac Ini

Diterbitkan Mac 17, 2023 oleh Helmi Samsuri

Model dalam keluarga Samsung Galaxy A kini sudah menerima kedatangan dua ahli baru menerusi pengumuman yang dibuat baru-baru ini. Dua model yang dimaksudkan adalah Samsung Galaxy A54 dan A34.

Sebahagian daripada peminat mula bertanya bilakah penawaran untuk pasaran tempatan akan dilangsungkan. Berdasarkan perkhabaran, Samsung Malaysia bakal melangsungkan sebuah acara pengenalan siri Galaxy A pada 24 Mac ini.

Samsung Galaxy A54 Dan A34 Bakal Diperkenalkan Di Malaysia 24 Mac Ini

Buat masa sekarang, tiada lagi maklumat mengenai harga dan lain informasi mengenai jualan pertama yang dikongsikan. Namun begitu, semua itu bakal terjawab pada Jumaat minggu hadapan.

Imbas secara ringkas spesifikasi Samsung Galaxy A54, ia didatangkan dengan skrin Super AMOLED 6.4 inci FHD+, 120Hz, serta cip pemprosesan Exynos 1380. Sementara itu Galaxy A34 dipasang dengan skrin Super AMOLED 6.6 inci FHD+, 120Hz dan cip pemprosesan Dimensity 1080.

Berkaitan

  • Pengguna Reddit Dakwa Gambar Bulan Samsung Galaxy S23 Ultra Palsu
  • Gambar Bulan S23 Ultra Didakwa Palsu, Ini Jawapan Samsung
  • Samsung Perkenal Galaxy A54 Dan A34 Dengan Ketahanan Bateri Lebih Dua Hari

Kedua-dua model ini mempunyai keupayaan sambungan 5G serta berkongsi konfigurasi memori yang sama iaitu RAM 8GB dengan padanan memori 256GB storan. Untuk spesifikasi penuh boleh lanjutkan bacaan ke sini – Samsung Perkenal Galaxy A54 Dan A34 Dengan Ketahanan Bateri Lebih Dua Hari.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY