Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Mahu Bangunkan Kereta Elektrik? Lantik Bekas Jurutera Tesla Untuk Bangunkan Projek Titan

Apple Mahu Bangunkan Kereta Elektrik? Lantik Bekas Jurutera Tesla Untuk Bangunkan Projek Titan

Diterbitkan Ogos 12, 2018 ยท Dikemas kini Ogos 12, 2018 oleh Helmi Samsuri

Pernah meninggalkan Apple lima tahun lepas untuk bersama dengan Tesla, Doug Field kini kembali ke pangkuan syarikat berpengkalan di Cupertino tersebut.

Kehadirannya kali ini dilaporkan untuk untuk membantu Bob Mansfield dalam menjalakan projek Titan , sebuah projek pembangunan kereta elektrik.

Apple Mahu Bangunkan Kereta Elektrik? Lantik Bekas Jurutera Tesla Untuk Bangunkan Projek Titan

Pelantikan itu telah diumumkan jurucakap Apple, Tom Neumayr namun, penglibatan Field dalam projek Titan didedahkan oleh satu sumber yang tidak dinamakan.

Tidak banyak maklumat yang didedahkan mengenai Projek Titan yang dipercayai telah bermula beberapa tahun lepas.

Perkhabaran terbaru menyatakan, Apple telah memfailkan paten cermin hadapan kereta yang boleh berfungsi sebagai paparan hadapan yang besar.

Apple Mahu Bangunkan Kereta Elektrik? Lantik Bekas Jurutera Tesla Untuk Bangunkan Projek Titan

Difahamkan lagi, teknologi cermin hadapan itu akan berhubung dengan sensor kereta seperti kamera inframerah, GPS dan beberapa sensor yang lain.

Sumber: VentureBeat, FossyBytes

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
©2026 WISER.MY