Sony kini membawakan sebuah lagi model yang sudah pastinya dilengkapi dengan ciri-ciri berkuasa tinggi khas untuk jurugambar profesional di Malaysia.
Kamera yang dimaksudkan adalah Sony a9. sebuah kamera 'lensa mudah tukar' dengan rekaan yang kompak.
Sudah pasti keluaran terbaru ini bakal memberi saingan kepada jenama lain seperti Canon dan juga Nikon.
Antara ciri menarik yang ditawarkan oleh Sony a9 adalah:
- sensor Exmor RS CMOS 24.2-megapixel
- Keupayaan menangkap gambar secara berterusan yang luar biasa
- Autofokus 693
- Rakaman video 4K
- Mempunyai 5-paksi penstabilan dalam badan
- Dwi slot kad SD
- Port Ethernet
Difahamkan Sony a9 mempunyai ciri "blackout-free", bermaksud anda tidak akan terlepas pandang subjek anda kerana ia akan mengambil gambar secara berterusan pada kadar 20fps!
Kelajuan maksimum shutter kamera adalah 1/32,000 saat dan berfungsi secara senyap juga tanpa gegaran(selagi mana anda menggunakan shutter elektronik).
Kamera ini akan dijual dengan tiga harga yang berbeza dimulai dengan:
- RM21,799 - badan sahaja
- RM31,099 - beserta lensa SEL2470GM
- Rm33,299 - beserta lensa SEL70200GM
Contoh imej yang dihasilkan Sony a9:
Sumber: Lowyat.net
Berkaitan
- Berapa Kapasiti Bateri Dan RAM Yang Ada Pada iPhone SE 2020? Ini Jawapannya
- Android Oreo Beta Bagi Honor 8 Pro Sudah Mula Ditawarkan
- Maxis Tawar VPN RM9 Sebulan, Kalau Ambil "Bundle" Boleh Dapat Percuma Setahun
- Tencent Dilaporkan Telah Membeli iflix
- Bocoran Spesifikasi Samsung Galaxy A60 - Bateri 4500mAh Dan Skrin 6.7 Inci
- Pelajar UKM Terpilih Akan Terima HONOR MagicBook Sebagai Pinjaman
- McDonald’s Menarik Balik Permainan Pengesan Aktiviti Kanak-Kanak “The Step It” Dari Hidangan Happy Meals
- Siri HONOR 20 Dikhabarkan Hadir Dengan Kamera F/1.4, Lensa Bukaan Terbesar Bagi Telefon Pintar
- Huawei Bangunkan Teknologi Imbasan Wajah Lebih Baik Dari Apple
- 5 Perkara Menarik Mengenai OPPO F11 Pro Yang Perlu Anda Tahu