Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
KKMM Tak Pantau Mana-Mana Pihak Dalam Talian – Eddin Syazlee

Facebook Membuang Lebih 74 Juta Hantaran Dari April Hingga September Lalu

Diterbitkan November 14, 2019 ยท Dikemas kini November 14, 2019 oleh ariff bukhari

Juga memadam sejumlah 3.2 bilion akaun palsu dalam tempoh 6 bulan itu.

Facebook dalam laporan edisi keempat bertajuk Community Standards Enforcement Report yang diterbitkan mereka semalam memaklumkan, mereka telah membuang lebih daripada 74 juta hantaran pada suku kedua dan suku ketiga tahun ini.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 58 juta hantaran yang dibuang itu mengandungi konten lucah dan aktiviti seksual, 5.7 juta hantaran lagi adalah kandungan pencabulan dan buli. Manakala sebanyak 11.4 juta hantaran yang dibuang berunsur ucapan kebencian.

Malah dalam tempoh 6 bulan itu juga, sebanyak 4.5 juta kandungan yang mengajak kepada kegiatan bunuh diri dan mencederakan diri sendiri telah dibuang dari platfom sosial tersebut.

Dalam laporan itu juga Facebook memberitahu, jumlah kewujudan akaun palsu juga meningkat mendadak di mana dari April hingga September sahaja, mereka telah membuang sebanyak 3.2 bilion akaun palsu dalam tempoh tersebut.

Peningkatan sebanyak 1.5 bilion akaun palsu yang dibuang mereka pada tahun lalu bagi tempoh yang sama.

Sumber: cnet

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY