Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Facebook Meluaskan ‘Data Abuse Bounty Program’ Ke Instagram

Facebook Meluaskan ‘Data Abuse Bounty Program’ Ke Instagram

Diterbitkan Ogos 20, 2019 · Dikemas kini Ogos 20, 2019 oleh ariff bukhari

Langkah Facebook meningkatkan pula keselamatan data pengguna Instagram.

Pada April tahun lepas, Facebook telah melancarkan program yang dipanggil sebagai ‘Data Abuse Bounty‘ yang akan memberikan ganjaran kepada sesiapa yang melaporkan sebarang penemuan perlanggaran polisi dan penyalahgunaan data oleh pembangun aplikasi.

Kini pihak Facebook meluaskan program tersebut ke Instagram pula dengan tujuan yang sama. Ia diumumkan oleh Dan Gurfinkel, Pengurus Jurutera Keselamatan Facebook hari ini.

Facebook berharap dengan cara ini, mereka akan dapat melindungi informasi yang dikongsikan pengguna di Instagram dan menggalakkan para penyelidik keselamatan melaporkan sebarang penyalahgunaan data kepada mereka.

Sekaligus pihak Facebook akan lebih pantas respon dan mengambil tindakan dengan lebih baik terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab.

Ganjaran yang akan diberikan kepada pihak pelapor pula adalah bergantung kepada impak dan kualiti laporan.

Info lanjut tentang Data Abuse Bounty Program ini boleh didapati di laman muka Facebook data abuse.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY